Garis Panduan Penghantaran
KOMPONEN PENGHANTARAN
Peserta dikehendaki bersedia dengan keperluan di bawah dan memuat naik di pautan pendaftaran yang didapati di dalam emel Makluman Penerimaan:
- Abstrak
- Abstrak mestilah ditulis di dalam satu perenggan sahaja dan terdiri daripada 250-400 patah perkataan.
- Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia mestilah bebas daripada kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.
- Abstrak mestilah mengandungi Latar Belakang, Pernyataan Masalah, Objektif, Metodologi, Kebaharuan, Faedah kepada Masyarakat dan sebagainya.
- Templat abstrak boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
- Templat Abstract
- Abstrak Lanjutan - Pilihan sekiranya berminat untuk penerbitan dalam e-prosiding berserta nombor e-ISBN.
- NIICe2022 akan menerbitkan Abstrak Lanjutan dalam e-prosiding dengan nombor e-ISBN. Peserta diberi pilihan untuk menyerahkan Abstrak Lanjutan 5-10 muka surat yang menerangkan hasil kerja mereka.
- Artikel yang lengkap mesti memenuhi keperluan templat di bawah dan mengandungi Abstrak, Pengenalan, Metodologi, Keputusan & Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan dan Rujukan.
- Rajah atau jadual mestilah tidak melebihi 50% daripada keseluruhan kandungan.
- Artikel yang dihantar akan disemak oleh dua orang penilai. Hanya artikel terpilih akan diterbitkan dalam e-prosiding.
- Para peserta amat digalakkan untuk membaca pruf (proofread) Abstrak Lanjutan sebelum penyerahan.
- Templat Extended Abstract
- Video Pembentangan
- Kandungan: Latar Belakang, Pernyataan masalah, Objektif, Metodologi, Penemuan, Sumbangan kepada Masyarakat dan Demonstrasi Projek.
- Penilaian: Digunakan untuk penilaian oleh juri.
- Kriteria penilaian: Kandungan yang akan dinilai adalah seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan.
- Semua perkataan pada pembentangan mestilah jelas dan cukup besar untuk dibaca.
- Para pembentang mestilah kelihatan di dalam video pembentangan.
- Logo organisasi perlu disertakan di dalam video tersebut.
- Video mestilah berdurasi 5 – 7 minit.
- Namakan semula video anda menggunakan format: NIICe2022 (ID Projek) - Tajuk Projek.mp4 dan berikan pautan YouTube video tersebut. Contohnya, NIICe2022 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar.
- Video pembentangan hendaklah dimuat naik ke YouTube dan seterusnya menghantar pautan video tersebut. Video penyertaan akan dipaparkan di laman web NIICe2022.
- Poster
- Kandungan: Latar Belakang, Pernyataan masalah, Objektif, Metodologi, Penemuan dan Sumbangan kepada Masyarakat.
- Tujuan: Akan digunakan untuk tujuan paparan kepada para hadirin dan juri dalam talian.
- Saiz poster: A3 (297mm × 420mm); Orientasi: Potret; Format: *.pdf; Saiz fail maksimum: 4 MB
- Anda boleh mereka bentuk poster anda sendiri atau ikut templat di bawah:
- Templat Poster
- Dokumen sokongan (jika ada dan perlu) Contoh: Hak Cipta, Paten, IP, Pengkomersilan, Surat Niat atau Artikel Akademik.
- Bukti Pembayaran Yuran Penyertaan
- Muat naik Bukti Pembayaran dan namakan semula resit menggunakan format: NIICe2022 (ID Projek) - Tajuk Projek. Contohnya: NIICe2022 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar
- Last updated on .
- Hits: 6787