Skip to main content

Garis Panduan Penghantaran

KOMPONEN PENGHANTARAN

Peserta dikehendaki bersedia dengan keperluan di bawah dan memuat naik di pautan pendaftaran yang didapati di dalam emel Makluman Penerimaan:

  1. Abstrak
  • Abstrak mestilah ditulis di dalam satu perenggan sahaja dan terdiri daripada 250-400 patah perkataan.
  • Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia mestilah bebas daripada kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.
  • Abstrak mestilah mengandungi Latar Belakang, Pernyataan Masalah, Objektif, Metodologi, Kebaharuan, Faedah kepada Masyarakat dan sebagainya.
  • Templat abstrak boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
  • Templat Abstract
  1. Abstrak Lanjutan - Pilihan sekiranya berminat untuk penerbitan dalam e-prosiding berserta nombor e-ISBN.
  • NIICe2022 akan menerbitkan Abstrak Lanjutan dalam e-prosiding dengan nombor e-ISBN. Peserta diberi pilihan untuk menyerahkan Abstrak Lanjutan 5-10 muka surat yang menerangkan hasil kerja mereka.
  • Artikel yang lengkap mesti memenuhi keperluan templat di bawah dan mengandungi Abstrak, Pengenalan, Metodologi, Keputusan & Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan dan Rujukan.
  • Rajah atau jadual mestilah tidak melebihi 50% daripada keseluruhan kandungan.
  • Artikel yang dihantar akan disemak oleh dua orang penilai. Hanya artikel terpilih akan diterbitkan dalam e-prosiding.
  • Para peserta amat digalakkan untuk membaca pruf (proofread) Abstrak Lanjutan sebelum penyerahan.
  • Templat Extended Abstract
  1. Video Pembentangan
  • Kandungan: Latar Belakang, Pernyataan masalah, Objektif, Metodologi, Penemuan, Sumbangan kepada Masyarakat dan Demonstrasi Projek.
  • Penilaian: Digunakan untuk penilaian oleh juri.
  • Kriteria penilaian: Kandungan yang akan dinilai adalah seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan.
  • Semua perkataan pada pembentangan mestilah jelas dan cukup besar untuk dibaca.
  • Para pembentang mestilah kelihatan di dalam video pembentangan.
  • Logo organisasi perlu disertakan di dalam video tersebut.
  • Video mestilah berdurasi 5 – 7 minit.
  • Namakan semula video anda menggunakan format: NIICe2022 (ID Projek) - Tajuk Projek.mp4 dan berikan pautan YouTube video tersebut. Contohnya, NIICe2022 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar.
  • Video pembentangan hendaklah dimuat naik ke YouTube dan seterusnya menghantar pautan video tersebut. Video penyertaan akan dipaparkan di laman web NIICe2022.
  1. Poster
  • Kandungan: Latar Belakang, Pernyataan masalah, Objektif, Metodologi, Penemuan dan Sumbangan kepada Masyarakat.
  • Tujuan: Akan digunakan untuk tujuan paparan kepada para hadirin dan juri dalam talian.
  • Saiz poster: A3 (297mm × 420mm); Orientasi: Potret; Format: *.pdf; Saiz fail maksimum: 4 MB
  • Anda boleh mereka bentuk poster anda sendiri atau ikut templat di bawah:
  • Templat Poster
  1. Dokumen sokongan (jika ada dan perlu) Contoh: Hak Cipta, Paten, IP, Pengkomersilan, Surat Niat atau Artikel Akademik.
  1. Bukti Pembayaran Yuran Penyertaan
  • Muat naik Bukti Pembayaran dan namakan semula resit menggunakan format: NIICe2022 (ID Projek) - Tajuk Projek. Contohnya: NIICe2022 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar
  • Last updated on .
  • Hits: 6628