Skip to main content

Syarat Penyertaan

NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 (NIICe2022)
Sustainable Technology Evolution: Post-Pandemic Issues

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1     Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan dari seluruh Malaysia mengikut kategori seperti yang dinyatakan di bawah.

2. KATEGORI PENYERTAAN

2.1     Sekolah Rendah
2.2     Sekolah Menengah
2.3     Sijil/Diploma
2.4     Prasiswazah/Pascasiswazah
2.5     Staf/Profesional

3. JENIS PENYERTAAN

3.1     Berkumpulan (tidak lebih dari 7 orang termasuk Ketua Kumpulan)

4. SUB-TEMA PERTANDINGAN

4.1     Agriculture, Environmental and Renewable Energy
4.2     Automotive, Transportation and Industrial Design
4.3     Biotechnology, Health and Chemicals
4.4     Building, Construction and Materials
4.5     ICT, Multimedia and Telecommunications, Electrical and Electronics
4.6     Manufacturing Process, Machines and Equipment
4.7     Pandemic Innovation
4.8     Education

5. YURAN

5.1     Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan seperti di bawah:

Kategori 

Yuran Penyertaan (RM)

Sekolah Rendah

Tiada

Sekolah Menengah

Tiada

Sijil / Diploma

80

Prasiswazah / Pascasiswazah

100

Staf / Profesional

120

5.2     Pembayaran perlu dibuat selepas pihak penganjur menghantar emel notis penerimaan penyertaan kepada peserta.
5.3     Yuran penyertaan akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri selepas pembayaran sehingga 2 minggu sebelum tarikh proses penjurian bermula pada 10 Ogos 2022. Setelah tempoh itu, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.  

6. KAEDAH PENDAFTARAN AWAL

6.1     Tarikh akhir pendaftaran awal adalah pada atau sebelum 8 Julai 2022. 
6.2     Pendaftaran awal boleh dibuat menggunakan pautan Google form di bawah atau melalui QR Code yang boleh diimbas pada poster dan laman web NIICe2022.

Pautan Pendaftaran Awal : https://bit.ly/NIICe22
6.3     Peserta dikehendaki memuat naik Abstrak penyertaan pada pautan pendaftaran tersebut.

7. MAKLUMAN PENERIMAAN PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PENYERTAAN

7.1     Makluman penerimaan penyertaan (Notification of Acceptance) akan diumumkan pada 22 Julai 2022 melalui emel.
7.2     Peserta dikehendaki melakukan pendaftaran seterusnya sekiranya berminat untuk menyertai pertandingan melalui pautan Google form yang diberikan dalam emel makluman tersebut. Tarikh akhir pendaftaran ini adalah pada atau sebelum 8 Ogos 2022.
7.3     Peserta dikehendaki bersedia dengan keperluan di bawah dan memuat naik pada pautan pendaftaran tersebut:

        1. Abstrak 
        2. Abstrak Lanjutan – Pilihan sekiranya berminat untuk penerbitan dalam e-Proceedings berserta nombor e-ISBN. Penerbitan Abstrak Lanjutan dalam e-Proceedings adalah dalam Bahasa Inggeris dan terhad kepada penerbitan terbaik yang akan dipilih oleh Sekretariat NIICe2022.  Abstrak Lanjutan juga akan dipaparkan secara atas talian melalui laman web NIICe2022.
        3. Dokumen sokongan (sekiranya ada dan berkeperluan) seperti seperti Hak Cipta, Paten, IP, Pengkomersilan, Surat Niat, Artikel Akademik.
        4. Pautan kepada video penyertaan yang telah dimuat naik ke YouTube. Video berdurasi 5 – 7 minit. Video penyertaan akan dipaparkan di laman web NIICe2022.
        5. Poster 
        6. Bukti pembayaran yuran penyertaan

7.4     Abstrak, Extended Abstract (pilihan), video dan poster perlu memenuhi format yang ditetapkan oleh penganjur. Format dan template boleh didapati dan dimuat turun dari laman web NIICe2022.

8. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN

8.1     Pembayaran yuran penyertaan adalah secara Online Banking seperti butiran di bawah:

Penerima: IEEE UTHM
                  STUDENT BRANCH Account
No. akaun: 01070000446715
Bank: Bank Muamalat Malaysia Berhad
Alamat Bank:   Ground Floor,
                           Bangunan Pusat Khidmat Pelajar,
                           Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
                           86400 Parit Raja,
                           Batu Pahat, Johor.
Remarks: NIICe2022-Project ID
                  Contoh: NIICe2022-D001
Swift Code : BMMBMYKL

8.2     Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik ke pautan Google form yang diberikan dalam emel makluman penerimaan penyertaan.
8.3     Tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan adalah pada atau sebelum 8 Ogos 2022.

9. PENGUMUMAN PEMENANG

9.1     Pengumuman pemenang akan diadakan secara atas talian pada 22 Ogos 2022.
9.2     Butiran dan pautan kepada acara tersebut akan diberikan di laman web NIICe2022.

10. HADIAH

10.1     Sijil Anugerah disediakan bagi pertandingan ini dan akan dianugerahkan kepada semua peserta berdasarkan pencapaian markah yang melayakkan mereka dalam tahap tersebut.
10.2     Setiap projek akan menerima SATU sijil digital. 
10.3     Sijil digital akan diemel kepada setiap kumpulan dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh Pengumuman Pemenang.
10.4     Pingat akan diberi kepada SATU pemenang bagi setiap sub-tema pertandingan.
10.5     Hadiah akan dipos ke alamat pemenang dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pengumuman pemenang NIICe2022.
10.6     Kumpulan yang berminat untuk pembelian pingat perlu menempah daripada Urusetia dalam tempoh seminggu selepas tarikh pengumuman keputusan iaitu pada atau sebelum 29 Ogos 2022 melalui pautan Google form di bawah:

Pautan Tambahan Pingat: https://bit.ly/3o6TxpP

11. PENGHAKIMAN

11.1     Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

  • Last updated on .
  • Hits: 10239